KUALA LUMPUR: Seramai 131 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terkesan akibat banjir besar yang melanda kawasan sekitar Yan, Kedah, menerima bantuan berupa bekalan makanan keperluan seharian.
Ketua Pegawai Operasi AIM Shamir Aziz berkata, ia tanda keprihatinan dan usaha mengurangkan beban Sahabat AIM yang sedia terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Kita menyerahkan bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu, bihun dan lain-lain.
"Kita turut melawat keadaan rumah Sahabat yang kebanyakannya mengalami kerosakan teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain Shamir, turut mengunjungi Sahabat ialah Ahli Lembaga AIM Datuk Mohd Farid Mohamad Ali.
BACA: PM tinjau lokasi kejadian kepala air di Titi Hayun
BACA: Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Dalam pada itu, kata Shamir, sejumlah 131 kediaman Sahabat terkesan teruk apabila arus deras membawa sekali lumpur tebal yang merosakkan harta benda.
"Selain bantuan, tugas-tugas pembersihan kediaman juga sedang giat dilakukan puluhan sukarelawan yang digerakkan ke kawasan berkenaan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
"Sahabat yang terkesan membabitkan tujuh blok, iaitu Blok Tanjung Dawai, Merbok, Jerai, Bedong, Semeling, Sungai Limau dan Amanjaya.
"Sahabat AIM bagi daerah Yan berjumlah 3,162 orang, kebanyakannya menjalankan perniagaan kecil dengan menjual makanan, berniaga kedai runcit, petani dan ada juga nelayan," ujarnya.
Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai umpama 'tsunami' kecil susulan keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh sekelip mata.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Yan Dep Supt Shahnaz Akhtar Haji berkata, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyampaikan bantuan dan membantu kerja pembersihan di kawasan terjejas perlu mendaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu.
Jelasnya, ia bagi membolehkan pihaknya menyelaras khidmat sukarelawan terbabit di kawasan yang memerlukan bantuan, sekali gus mengelak berlaku kesesakan di sesuatu kawasan.
Astro Awani
Tue Aug 24 2021

Sahabat AIM, Fauziah Morad (kanan) menceritakan detik cemas berdepan banjir besar yang melanda kediaman mereka kepada Shamir (tengah) dan Farid (kiri). - Foto AIM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bencana Gunung Jerai: AIM bantu 131 Sahabat mangsa banjir
Sejumlah 131 kediaman Sahabat terkesan teruk apabila arus deras membawa sekali lumpur tebal yang merosakkan harta benda.

Lanjutan moratorium manfaat lebih 200,000 Sahabat AIM
Menurut Datuk Seri Lajim Ukin, penangguhan itu memberi kesan langsung kerugian membabitkan RM17.7 juta kepada AIM.

AIM peruntukkan RM2.5 bilion pembiayaan mikro tahun ini
Sehingga hari ini, seramai 342,202 telah berdaftar sebagai Sahabat AIM dari seluruh negara termasuk 4,600 orang di Perlis.