YAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan negeri Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.
Beliau berkata peruntukan itu termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air yang antara lain untuk menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu daerah berkenaan melibatkan kos sebanyak RM5 juta.
Peruntukan itu juga melibatkan pembinaan dua jambatan baharu sebanyak RM23 juta, pembinaan intake loji rawatan air di Gurun dan Tupah (RM2 juta), pembinaan Empangan Sabo fasa satu (RM20 juta) serta kerja pembaikan kemudahan pelancongan desa dan kerja baik pulih bekalan air.
"Pada masa sama menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana ini.
"Sebanyak RM5,000 juga akan diberikan kepada keluarga yang kehilangan waris dalam kejadian ini," katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan terjejas banjir akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Jasad mangsa keenam tragedi kepala air dijumpai
Turut hadir Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Ismail Sabri berkata bantuan RM75 juta itu tidak termasuk peruntukan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM3 juta yang akan disalurkan untuk membantu membaik pulih rumah penduduk yang rosak di kedua-dua daerah tersebut.
Beliau berkata bantuan berkenaan akan disalurkan secara terus kepada keluarga yang terlibat.
"Saya berharap dengan peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Kedah ini akan dapat membantu selesaikan isu yang timbul akibat limpahan air dari Gunung Jerai ini.
"Semua bantuan ini kita akan salurkan segera supaya tidak timbul isu terutamanya melibatkan kemudahan infrastruktur di dua daerah ini," katanya.
Beliau berkata peruntukan yang diberikan itu adalah berdasarkan penilaian awal yang dilakukan oleh kerajaan negeri di kawasan terlibat dan peruntukan tambahan akan diumumkan oleh Menteri Besar Kedah jika terdapat keperluan lain.
Terdahulu Ismail Sabri diberikan taklimat oleh Muhammad Sanusi berkenaan tragedi itu yang meragut enam nyawa dan menjejaskan lebih 1,000 rumah penduduk di dua daerah berkenaan.
Perdana menteri turut meluangkan masa hampir satu jam meninjau kawasan yang terjejas teruk di sekitar Titi Hayun, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021

Ismail Sabri mengadakan lawatan di sekitar Yan dan Kuala Muda yang terjejas akibat bencana kepala air dan banjir di kaki Gunung Jerai. - Gambar/ Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.

Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.

Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.

Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.

Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai

Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.

47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.