YAN: Kebanjiran sukarelawan yang terdiri daripada kumpulan badan bukan kerajaan, syarikat dan parti politik yang turun bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai dilihat sedikit sebanyak membantu meringankan 'derita' yang ditanggung mereka.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kebanyakan penduduk menyambut baik insiatif yang diambil itu selain menzahirkan penghargaan buat mereka yang sanggup turun sendiri bagi melakukan kerja-kerja sukarela sejak 18 Ogos lalu.
Tambah mereka, apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding beberapa bantuan lain seperti bantuan makanan dan pakaian.
Ini kerana menurut mereka, masih banyak lagi rumah penduduk yang berada dalam keadaan dipenuhi lumpur yang ditinggalkan banjir lebih seminggu lalu yang masih belum dibersihkan sepenuhnya.
Menurut warga emas, Zaiton Abdullah, 67, dia bersendirian ketika kejadian itu berlaku.
"Banyak barang rosak, luar dan dalam, sebelum ini tak pernah berlaku, air terlampau deras sampai paras pinggang. Makcik pula tinggal sendirian, mujurlah anak saudara datang tolong tapi nak balik macam sebelum ini susah sikitlah," jelasnya.
Bagi Zaharin Din, 44, pula, dia meminta pertolongan rakan-rakannya untuk membersihkan kawasan rumah.
"Masa air naik, selut penuh dalam rumah, jadi panggil kawan-kawan tolong cuci pinggan, barang dapur. Selesai bahagian dalam cuci bahagian luar pula," katanya.
Sementara itu, bagi sukarelawan yang terlibat dalam proses membersihkan rumah penduduk menyatakan bahawa keadaan lumpur yang agak tebal menjadi antara cabaran terbesar sepanjang menyertai operasi sukarela kali ini.
Bagaimanapun, apa yang diharapkan adalah proses penyaluran bantuan melalui kerja pembersihan yang dilakukan dapat memanfaat seramai mungkin penduduk yang terlibat.
"Hari ini kami sudah siap bahagian stor, dulu stor ini penuh dengan lumut, lepas selesai bahagian stor kami akan buat bahagian longkang sebab bahagian longkang tertutup," kata wakil Yayasan Sukarelawan Siswa, Adilah Ismail.
Untuk rekod kejadian kepala air yang berlaku di beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai termasuk Yan, Gurun, dan Merbok telah mengakibatkan kerosakan kepada lebih 1,300 buah rumah penduduk di kawasan sekitar.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Penduduk ibaratkan banjir seperti tsunami kecil
BACA: Bencana Gunung Jerai: Dua disah maut, satu masih hilang - MB
Bencana berkenaan juga telah mengorbankan enam nyawa yang turut memakan masa enam hari bagi proses mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
Abd Hadi Che Awang
Fri Aug 27 2021

Penduduk berharap fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding beberapa bantuan lain seperti bantuan makanan dan pakaian. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.

Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.

Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.

Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.

Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai

Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.

47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.