PUTRAJAYA: Kertas cadangan hasil perbincangan bersama tujuh ahli akademik universiti tempatan mengenai maklum balas banjir dan penambahbaikan pengurusan bencana akan dibentangkan pada mesyuarat pertama Kabinet bagi tahun 2022 pada 12 Jan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata perbincangan yang diadakan secara maya pagi tadi itu, melibatkan pensyarah pakar dalam bidang pengurusan risiko serta bahaya baharu antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.
"Mereka berkongsi pandangan mengenai pengurusan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini selain membentangkan hasil kajian mereka mengenai situasi cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kejadian cuaca tidak menentu.
"Mereka juga berpandangan bahawa cuaca seumpama ini (tidak menentu) akan menyebabkan bencana berlaku di kawasan yang tidak dijangka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengenai penubuhan pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan untuk menghadapi banjir gelombang kedua, beliau berkata pihaknya akan memastikan tahap siap siaga dipertingkatkan bagi sebarang operasi melibatkan bencana alam.
Abd Latiff berkata ketika ini 40,813 anggota pelbagai agensi responder terlibat dalam operasi banjir di seluruh negara melibatkan 3,419 gabungan aset masing-masing.
Mengenai ramalan amaran hujan berterusan (Waspada) peringkat kuning yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, beliau menasihatkan penduduk di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor agar sentiasa mengikuti perkembangan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia sahaja.
"Maklumat yang terdapat di media sosial mengenai ramalan cuaca dan amaran bencana memang banyak tapi ia boleh timbulkan kegelisahan rakyat. Maka rujuklah pada MetMalaysia untuk dapatkan laporan tepat," katanya.
Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan tahun depan di lima negeri terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata perbincangan yang diadakan secara maya pagi tadi itu, melibatkan pensyarah pakar dalam bidang pengurusan risiko serta bahaya baharu antaranya dari UKM, UTM, UUM dan UiTM. - Foto BERNAMA
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.

Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.

JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kebakaran di selatan California terkawal sepenuhnya selepas 24 hari
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades, timur Malibu, sebelum merebak dengan pantas.

Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.

Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.

281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.

Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.

Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.