YAN: Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas kerana melibatkan kerugian akibat kerosakan harta benda, selain trauma emosi yang berpanjangan.
Mana tidaknya, kejadian berkenaan bukan berlaku hanya sekali pada Ogos lalu, sebaliknya semakin kerap, malah banjir kilat kini disifatkan sebagai acara bulanan oleh penduduk.
Tinjauan Astro AWANI di Pekan Yan mendapati kebanyakan penduduk berasa bimbang setiap kali berlaku hujan lebat, dan ada juga antara mereka tidak dapat tidur malam memikirkan nasib buruk yang mungkin melanda.
Suri rumah, Zaiton Abdullah, 67, berkata: "Kalau bunyi guruh, kalau tengok pokok hujan (awan gelap) pun dah takut dah, lagi trauma... trauma sungguh-sungguh.
"Banjir baru-baru ini dua kali naik (air naik), separas pinggang, barang dalam rumah, perabot semua pun habis semua rosak disebab banjir," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pesara, Abdul Wahab Abdullah, 72, berkata: "Semalam risau sangat, hujan lebat. Tengok paras air sungai pun semakin meningkat. Kita penduduk di sini sentiasa takut banjir berulang.
"Kalau banjir, barang-barang yang simpan di bawah tak sempat nak bawa naik... kalau air naik, semua barang tak kira baharu atau lama semua akan rosak, kena buang.
"Sekarang kita lagi risau sebab dapat tahu air pasang besar beberapa hari lagi. Kita terpaksa bersedia dan berwaspada sepanjang masa, kalau jadi macam sebelum ini langsung tak boleh buat apa dah," katanya.
Sementara itu, bagi peniaga, mereka juga menyatakan bahawa kejadian yang berlaku memberi kesan yang besar kepada perniagaan masing-masing.
Ada antara mereka yang terpaksa menutup operasi kedai sekiranya berlaku banjir selain proses membersihkan kawasan kedai atau gerai mengambil masa sehingga empat ke lima hari.
Peniaga, Fauzan Hamid, 60, berkata: "Kedai saya sudah dua kali dinaiki air banjir. Yang pertama memang terkejut sangat sebab tak pernah berlaku. Selepas itu hati sentiasa risau bila hujan lebat.
"Lepas itu sekali lagi jadi... memang traumalah tengok hujan lebat sekarang ini. Bila kena banjir, kedai dan barang-barang rosak. Kedai pun tak boleh buka banyak hari," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob, berkata beberapa siri kejadian kepala air yang berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai telah menyebabkan bentuk muka bumi di kawasan terlibat mengalami perubahan ketara.
Tambahnya, pihaknya turut mengesahkan bahawa beberapa lokasi peranginan seperti Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar di sini, tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai.
"Saya kira dengan keadaan ini kita pasti tidak akan benarkan orang masuk ke kawasan ini, kerana ia agak membimbangkan dan banyak struktur yang nampak tidak selamat lagi.
"Kereta mungkin tidak sesuai masuk, mungkin masa kita masuk hujan lebat berlaku dan ia akan akibatkan kemusnahan yang lagi teruk," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Air dan Sumber Asli, supaya dapat mempercepatkan pembinaan empangan kecil di tempat berbukit atau Empangan Sabo Fasa Satu di kaki Gunung Jerai dalam usaha mengelakkan kerosakan yang teruk berlaku susulan kejadian kepala air.
Abd Hadi Che Awang
Tue Nov 02 2021
Beberapa lokasi peranginan seperti Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar adalah tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai susulan kejadian kepala air sebelum ini. - Gambar/ Astro AWANI
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.
Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.
Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.
Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.
Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.
Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.
47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.