JEMPOL: Seorang pemandu lori bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas lorinya dikenakan notis penahanan oleh agensi berkenaan pada Rabu, kerana cukai jalan tamat tempoh.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira jam 9.50 pagi semasa anggota berusia 40 tahun itu menjalankan tugas rondaan di Bahau bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan.
"Anggota itu telah terserempak dengan lori suspek yang bercermin gelap. Semakan pada Smart Mobile Enforcement Device (SMED) mendapati kenderaan tersebut mempunyai cukai jalan dan Puspakom tamat tempoh, serta tiada perlindungan insurans.
"Pengadu iaitu anggota JPJ berkenaan telah arahkan lori tersebut berhenti sebelum mengeluarkan notis penahanan kenderaan itu kerana cukai jalan tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Chang Hook berkata, pemakluman notis tersebut telah dimaklumkan pada seorang lelaki (suspek) berusia 48 tahun yang mengaku sebagai anak pemilik lori.
"Pengadu juga telah memaklumkan yang lori itu akan ditahan di kandang sita JPJ Jempol, Bandar Seri Jempol. Pengadu telah arahkan dua anggota JPJ untuk membawa lori suspek ke lokasi berkenaan.
"Suspek yang datang menaiki kereta jenis Perodua Viva telah halang pergerakan lori dengan meletakkan kenderaan suspek di bahagian hadapan lori.
"Suspek marah lalu meninggikan suara menggunakan bahasa yang kasar dengan berkata, U jangan ingat, U besar, U panggil U punya tuan turun la," katanya.
Chang Hook berkata, berikutan itu suspek telah ditangkap bagi melengkapkan siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan/14 Akta Kesalahan Kecil.
"Punca dia berkata demikian kerana tidak puas hati dengan tindakan JPJ yang telah mengeluarkan notis penahanan lorinya sebanyak dua kali pada tahun yang sama," katanya.
Ujar Chang Hook, semakan mendapati suspek tiada rekod lampau, bagaimanapun dia tidak ditahan reman kerana mempunyai penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi selain perlu mengambil insulin.
"Kes selesai dan hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat. Oleh yang demikian suspek akan diberikan jaminan polis. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023

Seorang lelaki ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota JPJ dalam satu kejadian Bahau. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Chang Hook)
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se