Stesen televisyen N1TV dari Hungary memecat serta merta seorang jurukamera wanitanya, Petra Lazlo kerana dirakam bertindak menendang serta membentes beberapa pelarian Syria ketika sedang bertugas.
Memetik laporan portal Telegraph, perkara tersebut telah diumumkan melalui satu kenyataan media, berbunyi: “Kakitangan N1TV melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima di Roszke. Hubungan kerja kami dengan jurukamera wanita itu sudah berakhir.”
Difahamkan, rakaman itu dibuat dengan tidak sengaja oleh beberapa jurukamera stesen televisyen lain ketika bertugas berhampiran sempadan serbia.
Dalam rakaman video tersebut, jurukamera berkenaan dengan jelas dilihat membentes beberapa pelarian yang sedang melarikan diri dari pihak polis, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.
Tindakan jurukamera itu mendapat perhatian meluas media selepas seorang wartawan German, Stephan Richter memuat naik video itu di laman Twitternya.
Bukan itu sahaja, Petra Lazlo juga mengundang cemuhan di media sosial, dengan kebanyakan netizen mengkritik perbuataan wanita yang tidak berperikemanusiaan itu.
Ketika ini ratusan pendatang merempuh sempadan utama garisan polis pada Selasa.
Pelarian tersebut adalah sebahagian daripada 1,500 warga Syria yang menunggu berjam-jam di pusat kem pelarian berhampiran Roszke, Hungary.
Kohilah Sekaran
Wed Sep 09 2015
Stesen TV N1TV dari Hungary memecat serta merta seorang jurukamera wanitanya, Petra Lazlo kerana dirakamkan bertindak membentes kaki beberapa pelarian Syria ketika bertugas.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Hari Lautan Sedunia: Khidmat jurukamera dasar laut semakin dapat permintaan tinggi
Yang mendapat permintaan tinggi adalah apabila ada acara komersial seperti pemeriksaan bot, kapal, jeti, Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
Lelaki dipercayai dalang pembikinan dua video judi raya diburu polis
Lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.
Balu bekas jurukamera TV3 terima faedah Perkeso
Beban balu bekas jurukamera TV3 Mohd Rodzee Hamzah yang meninggal dunia Isnin lepas akibat serangan jantung diringankan menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
'Hero' di sebalik Sambutan Hari Sarawak
Daripada persembahan sehinggalah kepada majlis perasmian, semuanya berjalan lancar tanpa ada satu pun cacat cela.
Jurukamera wanita tendang pelarian Syria bawa anak, kata dia panik
Petra Laszlo dalam satu surat kepada akhbar Magyar Nemzset, tindakan tersebut adalah kerana dia panik dengan keadaan yang berlaku.
Bentes kaki pelarian Syria, jurukamera stesen TV dibuang kerja
Stesen TV N1TV dari Hungary memecat serta merta seorang jurukamera wanitanya, Petra Lazlo kerana dirakam bertindak membentes kaki beberapa pelarian Syria ketika bertugas.
Polis Brazil tahan suspek bunuh jurukamera
Polis Brazil berjaya menahan seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kematian seorang jurukamera.