Peluang seekor buaya untuk menjamu selera dengan membaham anjing milik penduduk Kampung Ramayah di Penampang sejak beberapa bulan lepas, kini berakhir.
Pagi ini, Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) berjaya menangkap buaya jantan sepanjang 3.2 meter itu, yang diberi nama 'Olog-Olog' oleh penduduk kampung berkenaan, di Sungai Togop, yang mengalir berhampiran kampung tersebut.
Olog-Olog, buaya terbesar ditangkap SWD setakat ini, ditemukan di dalam perangkap yang dipasang anggota jabatan itu semalam.
Unit Penyelamat Hidupan Liar menangkap reptilia itu susulan laporan orang ramai tengah hari semalam bahawa buaya berkenaan kelihatan di sungai tersebut, kata Pengarah SWD Augustine Tuuga.
"Saya mengarahkan WRU kami memasang perangkap buaya. Buaya ini jauh lebih besar daripada buaya yang pernah kami tangkap sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Penolong Pengarah SWD Dr Sen Nathan berkata penduduk kampung melaporkan bahawa walaupun buaya itu dilihat sejak beberapa bulan lepas, tetapi mereka menjadi bimbang apabila ia makin membesar dan membahayakan mereka.
"Penduduk kampung melaporkan kepada kami bahawa buaya itu membaham beberapa ekor anjing mereka. Sebab itulah mereka ambil keputusan melaporkannya kepada SWD," kata beliau.
Menurut Nathan, terdapat peningkatan dari segi laporan mengenai jumlah buaya yang dilihat di sungai serta kes konflik antara manusia dan reptilia itu di seluruh Sabah.
"Hanya dalam tempoh enam tahun (2010-2016), WRU menangkap lebih 75 ekor buaya di kawasan berlaku konflik dengan manusia dan reptilia berkenaan dipindahkan ke kawasan hutan simpan dan sungai, yang jauh dari tempat tinggal manusia.
"Populasi buaya mungkin meningkat kerana sejak 30 tahun lepas, kami melindungi spesies ini daripada diburu dan tiada permit memburu dikeluarkan," kata Nathan.
Sementara itu, Penolong Pengurus WRU Diana Ramirez berkata 'Olog-Olog' akan ditempatkan sementara di Pusat Menahan dan Menyelamat Hidupan Liar SWD sebelum ia dilepaskan ke sebatang sungai terpencil, jauh daripada kampung atau kawasan penempatan manusia. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017

Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah menangkap seekor buaya berukuran 3.2 meter, yang dianggap buaya terbesar pernah ditangkap Jabatan Hidupan Liar Sabah, di Sungai Togop, Kampung Ramayah di Penampang dekat sini hari ini. --fotoBERNAMA

Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, pada 1 November tahun lalu.
KPKM menggalak menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi - Mohamad
Petani dasaran untuk menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi sejak 2021 untuk mengawal harga santan dan kelapa.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews

Pegawai Integriti SPRM digesa tambah baik tatakelola agensi
Pegawai SPRM di Unit Integriti digesa mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur temasuk undang-undang atau peraturan lapuk untuk ditambah baik.

FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab
US$1 bilion diperuntukkan kepada pasukan bertanding, tambahan US$100 juta sebagai bayaran solidariti kepada kelab yang tidak layak.
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Harimau kumbang baham anjing masuk perangkap
Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu di Rembau masuk perangkap.

Berakhirlah peluang 'Olog-Olog' untuk menikmati daging anjing
Peluang seekor buaya untuk menjamu selera dengan membaham anjing milik penduduk Kampung Ramayah di Penampang sejak beberapa bulan lepas, kini berakhir.