Kasih sayang terhadap isterinya tidak membataskan usaha seorang lelaki untuk melakukan apa sahaja demi isteri tercinta.
Bagi mencari dana merawat isterinya yang sakit, Ahmad Syakirin Mohd Zain, sanggup menjadi penghibur jalanan dengan beraksi ala-ala 'Spider-Man' sebagai kerjaya sampingannya.
Sambil menolak kerusi roda isterinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Ahmad Syakirin yang memakai kostum adiwira Marvel itu tidak segan silu menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak dengan aksinya tersendiri.
Ditemui di George Town, Pulau Pinang, lelaki berusia 50 tahun itu memberitahu sudah hampir setahun dia melakukan kerjaya sambilan itu di samping kerjaya tetapnya sebagai pelukis jalanan.
"Saya ni seorang pelukis, saya buat karikatur potret, yang ni saya buat part-time (sambilan) sahaja…
"Kawan-kawan saya di Kuala Lumpur pun ramai yang buat macam ni," katanya ketika ditemui pada Selasa.
Katanya, ada yang mahu bergambar dengannya, dan tidak kurang juga ada yang menghulur sumbangan ikhlas.
Menurut Ahmad Syakirin, isterinya NurAznita Mohd Ismail, 37, terkena serangan angin ahmar dan menghidap kencing manis menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong dari paras lutut ke bawah.
Dia yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur mengambil keputusan berpindah ke Pulau Pinang untuk mencuba nasib mencari rezeki di negeri itu.
Katanya, dia membeli sut pakaian 'Spider-Man' menerusi atas talian dengan harga RM180 dan mula menjadi penghibur jalanan dengan ditemani isteri.
Mereka akan menghabiskan masa antara dua hingga empat jam untuk menghiburkan kanak-kanak dan mengakui sangat gembira dapat berdamping dengan kanak-kanak kerana belum dikurniakan cahaya mata.
Menurut pasangan itu, mereka bercadang untuk menjual makanan pada masa hadapan bagi menambah pendapatan memandangkan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan.
Orang ramai yang ditemui, rata-ratanya menyambut baik usaha yang dilakukan Ahmad Syakirin, yang sanggup berusaha walaupun dalam keadaan sukar.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 03 2019

Sambil membawa isterinya yang berkerusi roda, Ahmad Syakirin yang memakai kostum Spider-Man itu tidak segan silu menghiburkan orang ramai dengan aksinya. - Foto Astro AWANI

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Beraksi ala 'Spider-Man' demi cari dana rawat isteri tercinta
Kasih sayang terhadap isterinya tidak membataskan usaha seorang lelaki untuk melakukan apa sahaja demi isteri tercinta.