LUMUT: Berang diberi notis tidak mematuhi amalan kebersihan, seorang pemilik premis makanan bertindak mengacukan dua batang kapak terhadap anggota penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sebuah pusat perniagaan makanan di Kampung Koh dekat sini, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lelaki berumur 56 tahun itu turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian dipercayai berlaku, apabila peniaga tersebut tidak berpuas hati diberi notis berkenaan dari pihak KKM, yang datang membuat penguatkuasaan pemantauan premis makanan dan mendapati berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan.
"Pihak penguatkuasa KKM mengeluarkan notis tersebut kerana premis makanan lelaki itu didapati tidak bersih, selain dia juga berkuku panjang dan memakai cincin ketika menjalankan perniagaan.
"Lelaki itu kemudian mengeluarkan dua batang kapak dari simpanannya sebelum mengacukan kepada anggota KKM itu, sebelum mereka bertindak beredar dari lokasi dan membuat laporan di Balai Polis Sitiawan," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.
Nor Omar berkata polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, serta Seksyen 186 Kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.
Dalam pada itu, Nor Omar berkata pihaknya sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga asing, yang dikatakan menunjukkan kemaluan kepada pekerja wanita, ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka, di sini pada 10 Jan lalu.
"Suspek dipercayai mempunyai niat menunjukkan kemaluannya kerana ketika memasuki kedai, zip seluarnya dikatakan tertutup, tetapi ketika membuat pembayaran zipnya terbuka pula," katanya dan menambah mangsa, 23 tahun kemudian membuat laporan pada 15 Jan.
Nor Omar berkata siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan perkataan atau isyarat untuk mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Perbuatan individu tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan video rakaman itu yang berdurasi 39 saat tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka membuat pembayaran barang dibelinya dengan kelihatan kemaluannya terkeluar dari seluarnya yang tidak berzip.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lelaki berumur 56 tahun itu turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat. - Gambar hiasan
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Februari 2025]
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Februari 2025
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berang diberi notis, pemilik premis makanan acu kapak terhadap anggota KKM
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lelaki berumur 56 tahun itu turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat.