KOTA BHARU: Seorang wanita yang turut terlibat dalam kejadian kenderaan meletup di Simpang Empat Kampung Sireh di sini mendakwa seperti diberikan 'petanda awal' mengenai kejadian buruk itu.
Menceritakan detik awal insiden itu Noor Aslinda Zakaria, 39, berkata, pada hari kejadian dia berada di rumah ibunya di Pintu Geng di sini ketika dikejutkan oleh bunyi guruh yang kuat dan bekalan elektrik yang terus terputus.
"Secara tiba-tiba saya keluar untuk melihat kenderaan saya yang diparkir jika berlaku sesuatu tidak diingini memandangkan ketika itu ada petir. Hati saya berdebar-debar dan risau jika berlaku sesuatu tidak diingini dengan kereta tersebut. Ia seperti petanda awal mengenai kejadian tersebut," katanya.
Dia bersama dua lagi anaknya, Nur Anis Syamimi Mahadi, 19 dan Muhammad Aiman, 15 tahun kemudian merancang pulang ke rumah mereka di Kampung Kijang, di sini.
"Nur Anis minta saya tunggu seketika memandangkan waktu itu hujan agak lebat dan sementara menunggu dia selesai solat Asar, saya dapati perasaan saya gelisah dan serba tidak kena.
"Saya teringatkan anak bongsu saya, Muhamad Atiq yang ketika itu berada di rumah saya," katanya ketika ditemui di kediamannya pada Sabtu.
Menurutnya, selepas 10 minit bertolak dari rumah ibunya, dia sampai di lokasi kejadian dan kebetulan ketika itu lampu isyarat sedang dalam keadaan merah.
Katanya, ketika itulah dia melihat dari cermin sisi kanan sebuah kereta di belakangnya terbakar lalu memaklumkan kejadian itu kepada dua anaknya.
"Selepas kira-kira dua atau tiga minit, kami dikejutkan dengan dentuman serta gegaran yang kuat. Saya tidak sedar apa yang berlaku dan saya cuma lihat anak lelaki sudah keluar dari kenderaan sambil jerit Allahuakhbar, Allahuakhbar!
"Barulah saya dan Anis keluar dari kereta dan melarikan diri hampir 10 meter dari lokasi kejadian. Ketika itu asap berkepul dan saya dapat lihat ada kereta yang terbakar di belakang kereta saya dan kami dapat rasakan haba panas tersebut," katanya.
Aslinda berkata, kemudian dia meninggalkan kenderaannya dengan berkaki ayam kerana risau jika lambat bertindak, kemungkinan besar kereta dinaiki mereka juga akan meletup memandangkan jarak yang cukup dekat dengan kenderaan yang terbakar itu.
Dia kemudian menghubungi salah seorang anak saudaranya dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Sementara itu, Anis ketika ditemui turut memberitahu masih trauma dengan kejadian tersebut dan sukar melelapkan mata kerana masih terbayangkan kejadian itu termasuk bau asap dari kenderaan yang terbakar.
Katanya, akibat melihat insiden tersebut dia terpaksa mengumpul kembali keyakinan untuk memandu kereta walaupun sudah mempunyai lesen memandu.
Artikel asal di Sinar Harian: Berdebar, gelisah jadi 'petanda awal'
Sinar Harian
Sun May 23 2021

Kereta mereka juga turut rosak teruk dalam kejadian tersebut walaupun tidak meletup. - Foto Sinar Harian

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

'Kereta untuk bawa mak lawat ayah di hospital dah terbakar'
Kereta berkenaan tiba-tiba mengeluarkan tanda amaran berlaku masalah enjin menyebabkan kakaknya segera memberhentikan kereta di tepi lebuh raya dan mengarahkan semua penumpang keluar.

Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains politik Rusia maut
Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow.

Letupan kereta: Bukan sebab rokok, petir atau dron - Polis Kelantan
Polis masih menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui punca sebenar yang mencetuskan letupan.

Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Berdebar, gelisah jadi 'petanda awal'
Seorang wanita yang turut terlibat dalam kejadian kenderaan meletup di Simpang Empat Kampung Sireh mendakwa seperti diberikan 'petanda awal'.