KUALA LUMPUR:Ketika menerima berita berdepan risiko kematian mengejut daripada doktor yang merawatnya, Bob Lokman sangat terkejut.
Namun, rasa terkejut itu diatasinya dengan beristighfar kepada Allah seraya mengingatkan dirinya agar menerima dugaan itu dengan lapang dada.
“Alhamdulillah, saya redha. Saya percaya Allah telah mengatur takdir saya dengan sebaiknya. Saya tidak akan putus asa berubat,” kata Bob yang juga penulis lirik tersohor negara dalam perbualan dengan Astro AWAN pada Isnin.
Dalam perbualan itu, penulis lirik lagu evergreen Isabella (nyanyian kumpulan Search) itu berkata, dia sedang dalam perjalanan menuju Alor Setar, Kedah untuk mendapatkan rawatan sakit jantung di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Kata Bob, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, doktor menyarankannya menjalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) yang boleh dilakukan di HSB.
Pemasangan IADC itu kelak, katanya, adalah usaha untuk menstabilkan degupan jantungnya.
Menurutnya, masalah degupan jantungnya yang tidak stabil itu dikesan doktor yang merawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.
“Saya menghadapi masalah kadar denyutan jantung yang laju menyebabkan kesukaran proses mengepam oksigen ke otak.
“Justeru, rawatan terbaik yang disarankan oleh doktor ialah memasang IADC bagi menstabilkan kembali denyutan jantung,” ujar Bob yang ditemani isteri dan dua anaknya ke Alor Setar.
Tujuan ke Alor Setar juga, jelasnya, berikutan hanya di HSB dia berpeluang memasang IADC dalam kadar segera memandangkan hospital-hospital lain tidak berkemampuan memenuhi permintaannya.
“Seperti saya katakan, saya tidak akan berputus asa berusaha untuk mendapatkan rawatan asalkan kesihatan saya dapat dipulihkan,” katanya lagi.
BACA: 'Kaki bengkak, menggelembung dan sukar bernafas' - Bob Lokman
BACA: 'Hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu' - Bob Lokman
Pada awalnya, Bob, 56 tahun, berdepan kesulitan untuk mendapatkan dana sebanyak RM60,000 bagi menampung rawatan pemasangan IADC.
Lantaran tiada kemampuan menyediakan kos tersebut, Bob memohon sumbangan daripada seluruh kenalannya bagi membantunya.
Dalam waktu singkat, dana berkenaan berjaya diperoleh menyebabkan Bob tidak menunggu lama untuk dirawat di HSB.
Bob mula disahkan mengalami masalah jantung sejak 1998 dan dia menjalani rawatan secara konsisten dengan mengambil ubat yang dibekalkan doktor.
Selama ini, katanya, kos ubat-ubatannya sahaja mencecah RM700 sebulan, namun, dia tidak berhadapan masalah menyediakan belanja berkenaan.
“Cuma untuk memasang IADC dan rawatan susulan itu yang agak membebankan. Saya mengaku tidak mampu untuk menyediakan jumlah itu (RM60,000),” ujar Bob berterus terang.
Astro Awani
Tue Dec 01 2020
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah. - Gambar Facebook
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.
Belasungkawa: Bob Lokman tinggalkan warisan seni yang melekat sehingga kini
Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahyarham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.
Bob Lokman pesan teruskan perusahaan makanan - Anak
Omar Hakim berkata, selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.
Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan
Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian sekitar jam 9.30 malam tadi.
Bob Lokman meninggal dunia
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Bob Lokman beransur pulih selepas 17 hari dirawat di hospital
Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat IACD untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah.
Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.
Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Tangguh hasrat berdakwah, Bob Lokman masuk hospital semula
Get well soon abang Bob!
Bob Lokman dimasukkan ke hospital sekali lagi
Menurut isteri Bob, Relawati Daud keadaan penulis lirik itu yang menghidapi penyakit buah pinggang bertambah membimbangkan apabila dia menerima kesan alahan selepas mengambil ubat.