Persekitaran ekosistem cara bekerja dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan bagi memastikan negara terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran di luar kotak.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata untuk mencapai matlamat itu, inovasi diperlukan bagi memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan semasa terutamanya dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
"Senario ini secara tidak langsung menuntut kita untuk melipatgandakan usaha bagi mencipta pelbagai cetusan idea berinovatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan arus globalisasi yang kini semakin berkembang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada kementerian itu, Jenifer Lasimbang sempena Majlis Malam Apresiasi 2019, Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN), di Wisma Wanita, malam tadi.
Yusof yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia Sabah berharap melalui kaedah inovasi akan mampu memberikan transformasi terhadap model perkhidmatan untuk diberikan kepada golongan sasar.
Sementara itu, Pengarah JAPEN Sabah Norzawiyah Bulka berkata peningkatan kualiti melalui penerapan budaya kreatif dan inovatif oleh pegawai berintegriti mampu menjana idea baharu untuk memacu JAPEN ke arah kecemerlangan pada masa akan datang.
Katanya, JAPEN perlu berubah menuju ke arah digital yang bukan hanya tertumpu kepada program turun padang tetapi juga menyampaikan maklumat melalui platform media sosial untuk menarik generasi muda.
"Program turun padang adalah pendekatan utama JAPEN untuk menyantuni masyarakat di akar umbi, namun JAPEN tidak boleh lagi merasa selesa dan berpuas hati dengan sistem kerja yang sudah lama diaplikasikan khususnya dalam sistem penyampaian dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 20 kategori anugerah inovasi dipertandingkan antaranya anugerah pegawai perhubungan awam terbaik, anugerah pelopor isu terbaik dan anugerah aktivis media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019

Yusof berharap melalui kaedah inovasi akan mampu memberikan transformasi terhadap model perkhidmatan untuk diberikan kepada golongan sasar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Berfikir di luar kotak' perlu untuk negara terus kompetitif
Untuk mencapai matlamat itu, inovasi diperlukan bagi memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan semasa terutamanya dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.