TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu.
Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan tidak menghormati agama lain.
Ada juga pihak yang menggesa tindakan tegas diambil ke atas wanita berkenaan ekoran tidak sensitif pihak tersebut.
Berhubung kontroversi itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak terlepas ditanya pandangan beliau dari perpsektif agama.
Dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli menjelaskan panjang lebar mengenai persoalan berkenaan dalam ruangan Irsyad Fatwa Umum.
Tegas Dr Zulkfili, perbuatan mengambil gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian dengan alasan suka-suka dan inginkan kelainan merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan dan boleh mengundang fitnah.
Bahkan, jelas beliau, perbuatan sedemikian bercanggah dengan nas yang memerintahkan umat Islam untuk menghormati perkuburan dan mayat sekalipun yang bukan Islam.
Pandangan beliau adalah berdasarkan surah Al-Isra' ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.”
Dalam jawapan yang sama, Dr Zulkfili menerangkan, Imam Jalaluddin Al-Suyuti dan Imam Jalaluddin Al-Mahalli turu menyebut bahawa tidak boleh dihinakan mahupun dikotori mayat mereka. (Rujuk Tafsir Al-Jalalain, 5/108)
"Kami melihat perbuatan mengambil gambar perkahwinan di atas perkuburan bukan muslim dengan pelbagai gaya adalah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap mayat-mayat bahkan perbuatannya itu boleh menyinggung perasaan waris si mati," terang Dr Zulkfili lagi.
Menurut Dr Zulkifli, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya ketika hidup.” - Riwayat Abu Daud (3207), Ibnu Majah (1616)
Dr Zulkifli turut memetik kenyataan Maulana Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Abadi yang menukilkan pandangan AL-Tibi berkenaan hadis tersebut.
Al-Tibi berkata, tidak boleh untuk menghina mayat dengan cara apa sekalipun.
Penghinaan terhadap mayat adalah seperti menghina ketika dia masih hidup.” (Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 14/27).
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat, apa sahaja bentuk penghinaan terhadap mayat sama ada perbuatan atau percakapan maka tidak dibenarkan.
"Apatah lagi jika mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang tidak sepatutnya dilakukan di tanah perkuburan.Ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.
Tambahan lagi, apa yang perlu diperhatikan adalah kesan dari setiap perbuatan yang kita lakukan.
Perbuatan tersebut, kata beliau, jika dilihat lebih jauh, boleh menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian yang akhirnya nanti mereka akan melakukan perkara yang sama di perkuburan orang islam.
Perkara ini, ujarnya, boleh difahami menerusi firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…”
(Surah Al-‘An’am : 108)
Dr Zulkifli berkata, apa yang dapat difahami ini ialah tidak dibenarkan untuk melakukan atau menyebut perkara yang menunjukkan penghinaan terhadap mereka.
Perbuatan tersebut akan mengundang kemarahan mereka dan melakukan perkara yang sama terhadap kita, kata beliau.
"Kita sedia maklum bahawa penganut Kristian mempunyai ritual atau upacara tertentu ketika menghadiri kematian atau menziarahi perkuburan.
"Ini adalah satu perkara yang perlu kita hormati sebagaimana kita memohon agar mereka menghormati agama Islam,' tambah Dr Zulkfili.
Dalam penjelasan itu, beliau merumuskan bahawa perbuatan mengambil gambar perkahwinan di tanah perkuburan orang Kristian seperti yang tular adalah tidak dibenarkan.
"Jangan kerana inginkan kelainan sehingga kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah dan cerca orang ramai.
"Apatah lagi jika ianya dibuat untuk suka. Carilah tempat lain yang lebih sesuai. Perbuatan seumpama ini boleh menyebabkan islam dan penganutnya dipandang serong oleh penganut agama lain. Sekali gus menjauhkan mereka dari Islam," kata beliau lagi
Astro Awani
Fri Nov 08 2019
![Bergambar di tanah perkuburan Kristian: Ini penjelasan Mufti Wilayah Bergambar di tanah perkuburan Kristian: Ini penjelasan Mufti Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562317539_Mufti.jpg)
Tegas Dr Zulkfili, perbuatan mengambil gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian dengan alasan suka-suka dan inginkan kelainan merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan dan boleh mengundang fitnah. - Gambar fail
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695549499_TBnaim.jpg)
Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
![PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646829620_DatukDrZulkifliMo.jpg)
PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.
![Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628745142_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.
![Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625721304_950x600.jpg)
Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
![Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan - Zulkifli Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623035023_DatuSadam.jpg)
"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
![Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609926038_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.
![Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609926038_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.
![Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609926038_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.
![COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609993845_TBVaccineCovid.jpg)
COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.
![Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81586330802_TBDewanNegara.jpg)
Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
Usaha dan hasrat yang murni ini dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.