ALOR SETAR: Peruntukan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada pesawah miskin oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan petani.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemilik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu hanyalah langkah populis serta mahu menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, ia bukan langkah penyelesaian kerana industri padi didakwa dibayangi kartel padi sejak puluhan tahun lagi.
“Petani sawah padi miskin bukan kerana syarikat konglamerat tidak bantu mereka dengan memberi wang RM10 juta atau RM50 juta. Mereka miskin kerana kitaran penghasilan padi dan industri padi dikawal oleh kartel-kartel besar sejak puluhan tahun,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.
Muhammad Sanusi mendakwa, kewujudan kartel padi telah membelit sistem, kaedah dan proses dalam industri penanaman padi secara keseluruhan dengan pelbagai pendekatan.
“Segala sudut dalam industri padi, daripada input benih, baja, racun, mesin dalam proses penanaman sehinggalah kepada pemasaran, pengilangan dan pengurusan skim bantuan, ada pihak yang mengawalnya sejak puluhan tahun.
“Merekalah pihak yang paling beruntung. Mereka ini sebenarnya kartel padi. Setelah berbilion ringgit bantuan dan subsidi diturunkan melalui agensi-agensi di rancangan penanaman padi, petani kekal miskin, laba dan manisnya pergi kepada pihak lain,” ujarnya.
Menurutnya lagi, sekiranya keseluruhan sistem yang terbelit itu tidak segera dirungkai, sampai bila pun nasib petani tidak akan berubah.
“Dari atas sampai bawah, dari benih subsidi padi sampai ke timbangan dan potong basah di kilang. Dari traktor, jentuai hinggalah kepada lori, dari input baja, racun, kuota benih dan varieti. Dari parit gila hingga ke agensi terlibat (Kementerian, Pertubuhan Peladang Kawasan hingga Nafas) semuanya dalam mulut naga,” sindirnya.
Pada Isnin, Anwar memaklumkan Syed Mokhtar bersetuju memperuntukkan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada golongan pesawah miskin.
Persetujuan itu dicapai susulan teguran Anwar berhubung permasalahan monopoli import beras di negara ini.
Muhammad Sanusi turut menyifatkan sekiranya terdapat 10 individu seperti Syed Mokhtar sekalipun, tidak akan berupaya mengeluarkan petani daripada kemiskinan sekiranya kartel padi tidak ditangani.
“Berapa lamakah seorang Syed Mokhtar sanggup berikan RM50 juta setahun untuk selesaikan kemiskinan pesawah?,” soalnya.
Beliau turut menggambarkan kemiskinan petani sudah berlarutan lama malah sebelum wujudnya Bernas dan Lembaga Padi Negara (LPN).
“Sejak sistem padi kunca mula dikenalkan oleh pemborong dan pengilang padi, kemiskinan pesawah telah direncana supaya tidak akan berakhir.
“Sebelum wujudnya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 1973, pesawah padi telahpun miskin. Jeha dan Lahuma adalah watak sebenar keluarga petani Melayu miskin dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, kemiskinan mereka yang mendorong ditubuhkan MADA,” ujarnya.
Sebelum ini, pada Mei, Muhammad Sanusi pernah membangkitkan isu kartel padi yang didakwa wujud dalam industri padi sejak sekian lama sehingga menyebabkan penghasilan padi tidak mencapai tahap optimum.
Katanya, kartel padi mesti dihapuskan untuk mengubah nasib petani sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran hasil. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 07 2022
Muhammad Sanusi berkata, arahan Perdana Menteri kepada pemilik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu hanyalah langkah populis serta mahu menunjuk-nunjuk. - Gambar fail
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.