BANGKOK: Atlet negara harus diberi peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan dan pertandingan antarabangsa agar menerima pendedahan terbaik dan sekali gus dapat meningkatkan tahap prestasi mereka.
Justeru, jaguh lempar cakera negara Irfan Shamsuddin memuji keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar seramai 28 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di sini, iaitu kontinjen terbesar sejak 2017.
"Kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif merupakan satu pendedahan yang baik kepada barisan atlet negara.
"Dengan ini, atlet negara akan mengetahui tahap masing-masing dan berlatih bersungguh-sungguh agar dapat berdaya saing dan meraih keputusan yang cemerlang," katanya kepada wartawan di sini.
Pemenang gangsa kejohanan itu yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Suphachalasai semalam berkata para atlet olahraga negara turut mengharapkan lebih banyak peluang menyertai kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan mengekalkan momentum mereka.
"Saya pernah berada dalam situasi mereka. Saya tahu betapa sukarnya untuk atlet bertanding di perlawanan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata yang membuat penampilan sulung di kejohanan itu berkata bersaing dengan atlet di peringkat Asia menyuntik semangat juang dalam dirinya untuk melakukan lontaran yang lebih baik.
"Tidak dapat dinafikan mereka hebat sehingga ada yang membuat lontaran sehingga 18 meter. Ini tidak mematahkan semangat saya sebaliknya ia telah mendorong saya untuk mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Justeru, jaguh lempar cakera negara Irfan Shamsuddin memuji keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar seramai 28 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di sini, iaitu kontinjen terbesar sejak 2017. - Gambar fail/Sinar Harian
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Keputusan atlet gagal doping diketahui dua bulan lagi - Adamas
Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, sesi pendengaran membabitkan kes berkenaan telah diadakan pada Isnin lepas.
Beri kami peluang sertai lebih banyak kejohanan antarabangsa - Atlet olahraga
Kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif merupakan pendedahan yang baik kepada atlet negara.
Atlet olahraga digantung 'sangkut' doping - Adamas
Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN.
Azeem pilih Universiti Auburn kembangkan karier olahraga
Poster atlet itu dimuat naik Universiti Auburn di media sosial berserta kapsyen yang mengalu-alukan kedatangannya.
Hilang galah, Nor Sarah gagal lakukan lompatan
"Saya tiada keyakinan untuk beraksi kerana tidak menggunakan galah yang saya bawa sendiri."
Atlet olahraga Shereen raih emas di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarik
Tokyo 2020: Pecutan Azreen Nabila berakhir di pusingan pertama
Atlet olahraga, Azreen Nabila Alias, menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh.