Lebih banyak masa perlu diberi kepada penjual rokok elektronik (e-rokok) untuk menjadikan perniagaan mereka sebagai perniagaan sah, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Mengulas tindakan tegas yang diambil kementerian itu terhadap aktiviti berkaitan vape di seluruh negara baru-baru ini, beliau berkata ia agak drastik.
"Ya, kami mendapat banyak maklum balas tentang tindakan kami itu, tapi secara peribadi, saya berpendapat, kami perlu kaji kembali tindakan kami itu dan mencari cara sewajarnya untuk menangani perkara ini kerana kini, industri vape melibatkan banyak orang.
"Laporan terbaru menunjukkan bahawa di negara ini sahaja terdapat lebih satu juta pengguna rokok elektronik dan lima juta perokok, ini satu jumlah yang besar," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Derma Darah Persatuan Pelajar Tua Maktab Melayu (MCOBA), di sini hari ini.
Selasa lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata satu kempen akan diadakan di seluruh negara tidak lama lagi bagi mengekang penggunaan cecair mengandungi nikotin tanpa lesen dalam rokok elektronik.
E-rokok, vapouriser atau sistem penghantaran nikotin secara elektronik, ialah suatu alat menggunakn kuasa bateri yang merangsang rasa merokok tanpa menggunakan pembakaran tembakau.
Dr Hilmi berkata di bawah undang-undang sedia ada, hanya farmasi berlesen dan berdaftar serta doktor dibenar menjual nikotin.
"Pada masa ini, kita hanya mempunyai undang-undang yang mengawal tembakau (Akta Makanan 1983) serta nikotin (Akta Racun 1952) dan kami sedang mengkaji undang-undang baharu untuk meliputi penggunaan vape," katanya.
Ditanya mengenai cara penjual e-rokok boleh mendapatkan lesen, Dr Hilmi berkata Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pengumuman tentang perkara itu tidak lama lagi.
"Ini satu isu baharu, jadi kami perlu buat kajian sewajarnya, sebelum mengadakan sebarang peraturan mengenainya dan KP (Ketua Pengarah) akan mengeluarkan kenyatan mengenainya tidak lama lagi.
"Paling baik ialah penjual vape menghentikan dahulu operasi mereka, sehinggalah peraturan baharu diumumkan," katanya.
Bernama
Sat Nov 07 2015

DR HILMI: Kami perlu kaji kembali tindakan kami itu dan mencari cara sewajarnya untuk menangani perkara ini kerana kini, industri vape melibatkan banyak orang. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Henti main isu caj hospital kerajaan naik - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan meminta pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti daripada memainkan isu dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kenaikkan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan.

PATI punca penularan kes tibi - Dr Hilmi
Pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini adalah antara punca berlakunya penularan penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering.