KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah mahukan masa yang munasabah untuk melihat hasil strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang COVID-19 dan hanya memilih Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negeri itu jika kes meningkat dengan ketara.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata PKPD di seluruh negeri itu adalah salah satu daripada beberapa pilihan untuk membendung wabak itu dan kerajaan negeri hanya akan bersetuju dengan tindakan itu sekiranya ia benar-benar diperlukan.
"Pada satu ketika, jumlah kes sangat tinggi dan kami menganggap PKPB adalah pilihan yang lebih baik tetapi pada masa ini jumlah kes semakin menurun.
"Kami percaya strategi KKM kini berjalan lancar dan memerlukan masa yang munasabah untuk melihat keberkesanannya dan dari situ kita akan mengambil langkah susulan," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sejumlah 972 kes positif COVID-19 dikesan hari ini dengan Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 370 kes.
Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan mesyuarat teknikal bagi membincangkan sama ada terdapat keperluan untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah.
Sementara itu, Masidi berkata tiga lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dibuka di Sabah hari ini iaitu masing-masing di Kota Kinabalu, Tuaran dan Tenom.
Beliau berkata PKRC Kota Kinabalu adalah di Kompleks Penjara Kepayan yang dikhaskan untuk banduan dan mampu menampung 120 katil serta , PKRC Tuaran dibuka di Dewan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang boleh memuatkan 60 katil.
PKRC Tenom diletakkan di Dewan Masyarakat Tenom yang boleh memuatkan 48 katil, katanya.
Menurutnya, secara keseluruhannya, Sabah mempunyai 34 buah PKRC iaitu 20 buah di bahagian Pantai Barat dan 14 lagi di Pantai Timur Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

Datuk Masidi Manjun berkata PKPD di seluruh negeri itu adalah salah satu daripada beberapa pilihan untuk membendung wabak itu dan kerajaan negeri hanya akan bersetuju dengan tindakan itu sekiranya ia benar-benar diperlukan. - Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.