SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan imam jemputan solat tarawih luar negara di masjid dan surau di seluruh Selangor pada Ramadan tahun ini adalah keputusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata larangan berkenaan dibuat untuk memberi laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan yang juga menguasai aspek-aspek al-Quran yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.
Menurutnya ketetapan yang dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat sebagai usaha menyediakan imam-imam pelapis untuk mengisi keperluan imam di masjid dan surau di Selangor pada masa hadapan.
"Keputusan ini juga dibuat bagi mengatasi wujudnya segelintir individu atau pihak yang menjadi perantara menawarkan imam solat tarawih dari luar negara dengan kadar bayaran tertentu, namun pada masa sama menyebabkan peminggiran imam sedia ada, imam tempatan dan para huffaz di Selangor.
Terdapat juga keadaan apabila kehadiran imam luar negara menimbulkan beberapa isu melibatkan perbezaan mazhab dalam pelaksanaan solat dan mengambil kesempatan mengutip derma untuk faedah dan manfaat orang Islam yang tidak mendapat kebenaran di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan turut memaklumkan JAIS sentiasa bekerjasama rapat dengan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dalam menyediakan para huffaz untuk menjadi imam solat Tarawih.
Katanya pihak masjid dan surau boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai perkara berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan hanya imam lantikan MAIS sahaja dibenarkan untuk menjadi imam solat Tarawih di masjid, surau dan musolla di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Beri laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan. - Gambar hiasan

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.

Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.

Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki
Kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa berjalan kaki di tepi jalan tersebut.

Beri peluang kepada imam tempatan pimpin solat tarawih
Beri laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan.

Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara
Selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
Perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal ini dinafikan sebelum ini.

Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Tertuduh didakwa melakukan aktiviti itu terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.

Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Satu daripada tiga pertuduhan itu ialah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.

Bencana Gunung Jerai: 'Mak kata ayah tunggu di sana' - Anak mangsa
Ku Ahmad berkata, mereka sebenarnya sudah pasrah apabila mayat Allahyarham belum ditemui selepas beberapa hari dilaporkan hilang.