Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menjalankan siasatan ekoran dakwaan serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu.
"Bagi polis jalankan siasatan mengenai kesahihan perkara itu. Saya tak mahu komen lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam tadi.
Sebuah agensi berita antarabangsa pada Sabtu mendedahkan pasukan polis melakukan serbuan di kondominium mewah itu yang didakwa milik seorang bekas pemimpin negara.
Portal itu turut melaporkan serbuan itu dibuat untuk mencari 'dokumen yang bersifat sensitif' yang dikhuatiri dibawa ke luar negara.
Laporan itu turut memetik polis berkata mereka bertindak selepas menerima aduan yang mendakwa sebuah kenderaan kerajaan dilihat membawa beberapa buah kotak dipercayai mengandungi bag tangan berjenama dan beberapa barangan lain milik isteri pemimpin tersebut.
Astro Awani
Sat May 12 2018

Mazlan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ekoran dakwaan serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu. - BERNAMA/Fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Abu Samah dilantik pemangku Ketua Polis KL
Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Polis Kuala Lumpur terima tiga ancaman bom
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, IED itu ditemui orang awam pada jam 5 petang sebelum polis menerima maklumat pada 10 malam tadi.