ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
1. Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terkorban, lapor Agensi Anadolu (AA).
2. Kabinet baharu Palestin angkat sumpah
Kabinet baharu pihak berkuasa Palestin (PA), pada Ahad mengangkat sumpah di ibu pejabat Presiden.
3. Perjuangan rakyat Palestin cari air bersih setiap hari di Gaza
Penduduk Palestin yang mencari perlindungan di selatan Gaza berjuang setiap hari untuk mencari air dan bilik air yang berfungsi serta mempunyai bekalan air bersih.
4. 10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Seramai 10,000 orang mengadakan tunjuk perasaan, di sini, pada Ahad menentang kerajaan Benjamin Netanyahu dan menentang pengecualian yang diberikan kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
5. Kekejaman Zionis: 77 rakyat Palestin terkorban dalam 24 jam lalu
Serangan israel membunuh 77 rakyat palestin di gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
6. Pembangkang Turki dahului Erdogan dalam pilihan raya tempatan
Turki menghukum Presiden Tayyip Erdogan dan partinya pada Ahad dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara yang memilih pembangkang sebagai kuasa politik.
7. Jepun dan China adakan dialog pakar tentang pelupusan air loji nuklear Fukushima
Jepun dan China mengadakan satu Dialog Pakar pada Sabtu mengenai pelepasan air buangan radioaktif yang dirawat daripada loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang merupakan kerjasama terkini mereka untuk menangani isu itu.
8. PM Israel Benjamin Netanyahu selamat jalani pembedahan hernia
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor berjaya menjalani pembedahan hernia dan telah sedarkan diri.
9. Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Arab Saudi bakal menyertai pertandingan ratu cantik berprestij Miss Universe buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.
10. EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Arsenal muncul pasukan pertama yang berjaya menghentikan Manchester City daripada menjaringkan gol dalam 58 perlawanan berturut-turut di Stadium Etihad selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Astro Awani
Mon Apr 01 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [2/2/2025] - Hakisan 1,347.6 Kilometer|Monsun timur laut|Ops sky|Op selamat 23
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Geografi Malaysia berubah, 15 peratus alami hakisan pantai tiga dekad
-Sarawak bakal hadapi gelombang banjir kedua
-SPRM panggil artis promosi syarikat perunding kewangan
-Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan jalan raya tertinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.