ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.


1. Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat

Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, yang tewas kepada Donald Trump dalam pilihan raya presiden November 2024, mula meminta sumbangan daripada pengundi bagi menentang dasar pemimpin AS itu dan memperkukuh Parti Demokrat, menurut teks rayuannya yang dilihat oleh Sputnik/RIA Novosti.



2. Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai

Brazil akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemimpin BRICS di Rio de Janeiro pada 6 dan 7 Julai, umum Menteri Luar Mauro Vieira pada Sabtu, lapor Xinhua.


3. Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir

Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee, Amerika Syarikat (AS).


4. Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan

Keluarga tebusan Israel di Gaza, diketuai oleh Zahiro Shahar Mor menggesa Presiden Israel Benyamin Netanyahu membawa pulang mereka yang ditahan terlebih dahulu sebelum fasa kedua perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas bermula.


5. 'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra yakin bahawa inisiatif "Enam Negara, Satu Destinasi" yang dicadangkan akan mengukuhkan status ASEAN sebagai hab pelancongan dengan memudahkan akses bagi pelancong antarabangsa dan merangsang sektor pelancongan serantau.


6. Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat

Seorang kru kabin sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan berdepan hukuman denda hampir RM1 juta selepas bertindak memanjat sayap pesawat untuk bergambar ketika penerbangan ditunda akibat cuaca buruk di sini, baru-baru ini.


7. 15 maut rempuhan di stesen kereta api India

Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam insiden rempuhan di sebuah stesen kereta api di ibu negara India, New Delhi, lewat malam Sabtu.


8. Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian

Ajal akan menjemput di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kematian mengejut itu berlaku pada seorang lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di atas pokok durian yang turut menjadi tular di media sosial.


9. Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal

Sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand dilaporkan terbakar menyebabkan penduduk sekitarnya khayal akibat menghidup asap kebakaran terbabit.


10. Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin

Israel melepaskan 369 tahanan Palestin pada Sabtu dalam pertukaran yang dimediasi bagi mengelakkan kegagalan gencatan senjata.