KUALA LUMPUR: Bukan semua berpeluang menjadi individu 'barisan hadapan' dan menyaksikan prosiding secara langsung sesuatu kes di mahkamah dan biasanya hanya wartawan meja mahkamah sahaja berpeluang untuk mengikutinya.
Namun, kelebihan mengetahui cerita belakang tabir bukanlah satu lampu hijau untuk wartawan mahkamah berkongsi cerita berkenaan dengan orang lain, 'waima' ahli keluarga sendiri, kerana etika kewartawanan perlu dipatuhi.
Jika tersilap langkah, sesi 'sekadar bercerita' itu boleh menimbulkan fitnah dan subjudis serta mengganggu prosiding sesuatu kes di mahkamah yang sedang berjalan, sekiranya orang awam terpengaruh dengan 'bahan perisa' berbanding fakta sebenar yang didengar di mahkamah.
Peguam Datuk M Reza Hassan berkata, Seksyen 11 Akta Fitnah 1957, memperuntukkan antara lain sebarang laporan berkenaan prosiding di mahkamah adalah dilindungi secara mutlak oleh undang-undang, dengan syarat laporan tersebut adalah suatu laporan yang tepat dan adil.
"Berlandaskan seksyen tersebut, seseorang wartawan itu seharusnya melaporkan berita yang tepat berkenaan prosiding yang berlangsung di mahkamah. Segala fakta haruslah dilaporkan dengan teliti.
"Sekiranya tidak berapa pasti kerana mungkin melibatkan isu teknikal undang-undang, maka wartawan mesti mendapatkan pengesahan dari peguam atau pihak pendakwaan yang mengendalikan kes berkenaan," katanya yang telah menceburi bidang perundangan selama 30 tahun ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Peguam Muhammad Amin Abdullah berkata, wartawan perlu melaporkan berita yang tepat dan tidak membuat tajuk berita sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
"Sedangkan, tajuk berita itu tidak menggambarkan secara keseluruhan tentang apa yang berlaku dalam sesebuah kes sepanjang kes tersebut didengar di mahkamah," katanya dan menambah sikap profesionalisme pengamal media sangat penting dalam memartabatkan industri media di negara ini.
Dalam pada itu, wartawan portal berita V. Anbalagan, 64, berkata, sebagai wartawan yang menulis berita mahkamah, mereka seharusnya lebih sensitif dan peka terhadap kes-kes jenayah melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.
"Jika seseorang wartawan itu menulis kes jenayah wanita dan kanak-kanak, kita harus mengambil langkah berhati-hati supaya tidak mendedahkan nama dan identiti tertuduh, kerana mungkin (mereka) dikenali oleh masyarakat atau keluarga, mereka," katanya yang mempunyai pengalaman 21 tahun sebagai wartawan mahkamah.
Beliau berkata, paling utama sebagai wartawan mereka harus menulis berita berlandaskan undang-undang serta sumber sahih.
Wartawan Meja Mahkamah Bernama, Jocelyn Ann Dragon berkata, seorang wartawan itu perlu memahami dan membiasakan diri dengan prosiding mahkamah bagi membolehkan mereka untuk membuat laporan dengan tepat ketika perbicaraan, ternasuk kenyataan saksi, hujah dan keputusan.
"Mereka juga perlu mengesahkan maklumat sebelum menyiarkan berita. Mereka perlu mematuhi undang-undang dan etika ketika membuat liputan kes mahkamah, termasuk mematuhi had pelaporan," katanya yang berpengalaman hampir 29 tahun dalam pelaporan berita mahkamah.
Berkongsi pandangan sama, wartawan eksekutif kanan Utusan Malaysia Suwarni Mokhtar, 46, berkata, wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan kes mahkamah, perlu melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah tanpa prejudis atau berat sebelah, selain tidak menokok tambah sesuatu berita.
"Wartawan mahkamah juga perlu melakukan penapisan sendiri terutamanya bagi kes jenayah seksual, serta melaporkan perkara sebenar dan bukan untuk populariti," katanya yang telah berkhidmat di meja mahkamah sejak Jun 2006.
Suwarni berkata, wartawan juga perlu menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh mahkamah, selain menghormati kakitangan mahkamah terutama hakim dan majistret.
Berkongsi pengalaman mengenai peraturan di mahkamah, wartawan Berita Harian, Mohamad Faris Mohamad Fuad berkata, ketika berada dalam mahkamah, media dan orang awam dilarang bersila di atas kerusi, bersilang kaki, memeluk tubuh dan bersandar di dinding mahkamah, ketika prosiding sedang berjalan.
Beliau berkata, orang awam dan media dilarang membuat bising atau bergurau dalam mahkamah, selain perlu mematuhi kod etika pakaian apabila berada di premis mahkamah.
"Sebelum masuk ke mahkamah, jika prosiding sedang berjalan kita perlu tunduk kepada hakim atau majistret sebagai tanda hormat.
"Kita juga perlu mematuhi kod etika pemakaian iaitu memakai selipar, berseluar pendek dan topi juga tidak dibenarkan di dalam mahkamah," katanya dan menambah wartawan juga dilarang merekod atau mengambil gambar dalam mahkamah semasa prosiding sedang berlangsung, sebaliknya boleh menulis menggunakan buku nota atau komputer riba.
Seorang lagi wartawan portal berita, Ho Kit Yen berkata, wartawan tidak dibenarkan memasuki mahkamah bagi membuat liputan kes yang melibatkan tertuduh bawah umur.
"Wartawan boleh mendapatkan maklumat kes tersebut (melibatkan tertuduh bawah umur) daripada timbalan pendakwa raya dan peguam," katanya.
Selain itu, Ho berkata, wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan untuk sesuatu topik, perlu membuat persediaan seperti membaca isu topik tersebut selain bersedia dengan soalan. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Seseorang wartawan seharusnya melaporkan berita yang tepat berkenaan prosiding yang berlangsung di mahkamah. Gambar fail Astro AWANI menunjukkan peguam ternama Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menjawab soalan wartawan pada satu sidang media.
Penyelam mungkin telah temukan kotak hitam pesawat terhempas berhampiran Washington DC
Pesawat berkenaan telah pecah kepada beberapa bahagian yang berada pada kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter.
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Kesemua mangsa terlibat berkemungkinan terkorban
Pihak Berkuasa Washington menjangkakan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan di udara melibatkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, terkorban.
Dialog ASEAN: ASEAN-Malaysia 2025 | From turmoil to Trump 2.0
How will Malaysia steer ASEAN through shifting geopolitics, economic hurdles and regional turmoil ? Could a second Trump presidency shake up the bloc’s dynamics? Join our guests as they unpack what’s at stake for ASEAN 2025.
Malaysia Negara ASEAN Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf di Gaza
Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.
Pertemuan Semula Selepas 11 Tahun, Detik Mengharukan di Aleppo
Selepas 11 tahun, Hilal Azmi kembali ke Aleppo, Syria, untuk bertemu semula dengan warga yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Rasai kehangatan, ketabahan, dan kisah-kisah inspirasi rakyat Syria dalam perjalanan penuh emosi ini.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
AWANI Sabah+: Potensi Sabah jadi jelapang padi negara
Dengan keluasan 73,904 kilometer persegi, dan menerima taburan hujan sepanjang tahun, Sabah berpotensi menjadi jelapang padi baharu negara.
AWANI Ringkas: Gencatan Senjata | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Thailand: Lawatan Khaled ke Bangkok perkukuh hubungan pertahanan
Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mengukuh dan mempertingkat hubungan diplomasi antara malaysia dan thailand khususnya dalam konteks pertahanan.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Kes SRC Najib: Prosiding bersambung jam 9 pagi esok
Prosiding perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd disambung semula jam 9 pagi, esok.
Merusuh: Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan, 7 individu didenda RM6,000
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap mereka.