ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 14 September 2020.
1) Lima individu dikaitkan kes pencemaran air Selangor akan dituduh esok
Polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses pertuduhan terhadap lima individu berkaitan kes pencemaran air di Selangor baru-baru ini.
2) Pendaftaran parti Perikatan Nasional lulus pada 7 Ogos - RoS
Pendaftaran parti Perikatan Nasional telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2020 di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
3) Sultan Selangor beli Kasut Emas Khalid Jamlus
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.
4) Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Wabak hawar berdarah menjadi punca kematian lebih 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
5) Hampir 80 peratus ditahan ingkar PKPP adalah pengunjung kelab malam - Ismail Sabri
Hampir 80 peratus daripada 763 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad (13 September) adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam.
6) 391 banduan, tahanan positif COVID-19: Ini lima tumpuan utama kenyataan media KP Kesihatan
Seramai 391 banduan dan tahanan dikesan positif COVID-19 dalam Kluster Benteng LD setakat ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
7) JPJ pandang serius isu berbasikal atas jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
8) "Ke Mekah guna sumbangan politik, bukan wang rasuah" - Bekas pegawai Rosmah
Datuk Rizal Mansor menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan sebagai saksi utama terhadap bekas majikannya, Datin Seri Rosmah Mansor pada perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
9) Berang disuruh tutup lampu, anak tergamak libas ibu dengan pisau
Berang diminta menutup suis lampu, seorang anak tergamak menetak kepala ibunya dengan pisau pemotong daging dalam kejadian di rumah mereka di Flat Hijau Mak Mandin, Butterworth, pada Isnin.
10) #ManifestokuBahIni: Ini antara perkara yang rakyat Sabah mahukan dalam PRN kali ini
Bersempena PRN Sabah kali ini, Astro AWANI menerusi platform media sosial cuba untuk mendapatkan suara rakyat Sabah berkenaan perkara yang mereka mahukan daripada bakal Kerajaan Negeri kelak.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Sep 14 2020

Berikut adalah antara berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.