ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.
1. Hadir sebutan kes Yasin, Syed Saddiq cadang pada kerajaan iktiraf kanabis sebagai penawar
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penggunaan dadah jenis kanabis di negara ini, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
2. Dr Wan Zawawi meninggal dunia
Ahli akademik, seniman dan aktivis sosial, Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggal dunia pada usia 75 tahun sekitar pukul 6.47 pagi ini selepas mendapat serangan jantung.
3. Lelaki didenda RM3,000 benar maklumat palsu daftar kelahiran bayi
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu.
4. Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5. Isu tular jual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia bukan milik JPN - Hamzah
Dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti yang tular menerusi media sosial hari ini, disahkan bukan milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
6. Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
7. Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Mahkamah Majistret dan Sesyen Petaling Jaya hari ini menetapkan 22 Jun depan untuk tarikh sebutan kes melibatkan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47.
8. 'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.
9. Pengarah UKSB mengaku beri wang tunai kepada Zahid Hamidi setiap bulan selama 4 tahun
Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam dolar Singapura kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
10. Harga runcit petrol RON97 RM4.33, naik 2 sen
Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter, bagi tempoh bermula esok (Mei 19) sehingga 25 Mei ini.
Astro Awani
Wed May 18 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.