ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Jun 2022.

1. 'Nek Udak' telah tiada, Tan Sri Abang Ahmad Urai meninggal dunia

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga tokoh korporat, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, di sini sekitar jam 12.30 tengah malam Sabtu.

2. Semakan tarif air: Perbincangan hampir selesai, akan dibentang di Parlimen - KASA

KASA memaklumkan bahawa proses perbincangan bagi semakan semula tarif air bersama operator-operator di peringkat negeri kini berada di peringkat akhir sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

3. Bekas ADUN Bersatu didakwa cabul wanita

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu.

4. Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok

Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok.

5. PM buat lawatan mengejut ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan tinjauan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

6. Pas gesa Ahmad Zahid henti berpolitik

Jelas Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin Ahmad Zahid seharusnya memberi fokus dalam membantu perdana menteri mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi rakyat terutama dari aspek ekonomi.

7. Azmin, Mohd Rashid tidak lompat parti, tinggalkan Bersatu - Rosol

Setakat ini kesemua ahli parti termasuk pemimpin Bersatu memberi fokus kepada isu rakyat dan pentadbiran parti.

8. PSM tak arah guna penyodok, kadbod buang air bertakung di Stadium Nasional

Tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.

9. Edar dadah, tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38, Ismail Jusoh, 47, dan Mat Zainudin Mansor, 38.

10. Kerajaan stabil, tidak perlu desak bubar Parlimen - Annuar Musa

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.