ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
1. Lokman maut akibat dipukul objek keras - Ketua Polis Johor
Hentakan di kepala dengan objek tumpul dan keras dipercayai menjadi punca kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun akibat didera di Senggarang, Batu Pahat pada Isnin.
2. FKMM serah memorandum, mohon KPKM teliti kesan CPTPP terhadap petani
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta meneliti semula kesan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terhadap sektor pertanian di negara ini.
3. Pemandu, penumpang cedera, bas rempuh belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan
Pemandu sebuah bas ekspres dan seorang penumpang cedera selepas kenderaan itu dipercayai merempuh belakang sebuah lori muatan buah-buahan di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi ini.
4. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
5. Bajet 2023 bentang 24 Februari, persidangan Dewan Rakyat 29 hari
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Bajet 2023) dijadual dibentangkan pada jam 4 petang, 24 Februari depan.
6. Macau Scam: Kerani ditipu lebih RM1 juta, 2 guru pinjam RM490,000 bayar sindiket
Tiga wanita mengalami kerugian hampir RM1.7 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket Macau Scam mendakwa mereka terlibat dalam pengubahan wang haram, dalam kejadian baru-baru ini.
7. Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu.
8. OP Ambang Tahun Baharu 2023 polis P. Pinang tumpu aktiviti samseng jalanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang akan menjalankan operasi bersepadu iaitu Op Ambang Tahun Baharu 2023 bagi membanteras aktiviti samseng jalanan di negeri itu.
9. Jual saham Menara KL: SPRM mulakan siasatan, tiga saksi dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
10. China longgar SOP COVID-19: Jangan biar Malaysia kembali seperti 2020 - Pakar kesihatan
Langkah pencegahan yang lebih ketat dan spesifik perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia kembali kepada situasi kes COVID-19 sekitar 2019 dan 2020.
Astro Awani
Thu Dec 29 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.