ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 November 2023.
1. Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan mufti berhubung penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung esok, susulan wujud gesaan segelintir pihak agar konsert tersebut dibatalkan.
2. Wanita Kemboja kata 'Melayu malas', polis terima 14 laporan
Polis Melaka menerima 14 laporan polis berhubung seorang wanita Kemboja yang mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu baru-baru ini.
3. Polis buru lelaki naik kereta mahal, tapi kencing merata
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan biadap dengan membuang air kecil (kencing) di tepi tiang tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Subang Jaya.
4.Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas menolak rayuan dikemukakan oleh perayu, Syamsul Zaman Sukri, 35, dan mengarahkan pemenjaraan itu berkuat kuasa serta-merta.
5. Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.
6. Sembilan sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom, polis sahkan ancaman palsu
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan sembilan sekolah antarabangsa, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan tujuh di Selangor menerima ancaman bom menerusi e-mel pagi tadi.
7. Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok
Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.
8. MCMC bukan 'polis internet', sekat kandungan lucah atas aduan, permintaan PDRM
MCMC akan menurunkan atau menyekat kandungan lucah berdasarkan permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas menerima laporan dan aduan pengguna.
9. Konvensyen khas perkasa penglibatan KRT dalam melindungi kanak-kanak - Azalina
Konvensyen Khas Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia yang melibatkan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan diadakan pada suku pertama tahun hadapan sebagai usaha meningkatkan penglibatan komuniti dalam perlindungan kanak-kanak.
10. Bersatu mahu pinda perlembagaan parti tanpa kaitan isu anti lompat parti
Usul meminda perlembagaan bagi menambah baik urusan pentabiran parti akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, dari Khamis hingga Sabtu ini.
Astro Awani
Tue Nov 21 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 November 2023.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.