ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Disember 2023.
1. 7-8 lagi Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong Kerajaan MADANI - Syed Abu Hussin
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh hingga lapan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.
2. Tunku Azizah dahului 97 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
3. All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari mengulas mengenai tiadanya pengumuman tempat kedua hingga kelapan pada finale All Stars Gegar Vaganza.
4. Bunuh majikan guna cangkul, suami isteri masing-masing dipenjara 35 tahun
Sepasang suami isteri warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
5. Individu ketujuh terkaya di Malaysia Tan Sri Chen Lip Keong meninggal dunia
Individu ketujuh paling kaya di Malaysia, Tan Sri Dr Chen Lip Keong meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 8 Dis, 2023, kerana sakit.
6. Polis syak mungkin hanya seorang individu terlibat pembunuhan Zayn Rayyan
Polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lepas.
7. Mahkamah pilihan raya tolak petisyen batal kemenangan ADUN Gombak Setia
Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen bagi membatalkan kemenangan ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham daripada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lepas.
8. Angkat sumpah ahli Kabinet baharu esok: Siapa kekal, siapa bertukar? Ada kejutan ...
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan sertai Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri dan Setia Sumpah Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan erlangsung di Istana Negara pada Selasa.
9. KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
10. Rombakan Kabinet: Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadualkan pada Selasa
Satu majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadual berlangsung pada pagi Selasa.
Astro Awani
Mon Dec 11 2023

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Disember 2023.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.