ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Januari 2024.
1. Isteri Daim didakwa tidak isytihar harta
Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
2. Kerajaan Malaysia pertimbang prosiding ke atas bank asing terlibat dalam 1MDB
Kerajaan Malaysia telah memfailkan balasan kepada permohonan Goldman Sachs berkenaan arbitrasi pada 8 Nov 2023, dan kedua-dua pihak kini sedang dalam proses rundingan untuk mencapai persetujuan tentang jadual masa prosedur.
3. Kerajaan tidak masuk campur kes keluarga Tun disiasat SPRM - Fahmi
Kerajaan Perpaduan tidak mencampuri sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas mana-mana individu bergelar ‘Tun’ dan ahli keluarga, tegas jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil,
4. Pemandu, penunggang p-hailing ditawar pelan data serendah RM33 bermula hari ini
Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh menikmati perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula hari ini hingga 23 April depan.
5. Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
6. Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang ke Malaysia menjelang akhir tahun
Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia dua dekad lalu mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.
7. Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung jam 9 pagi.
8. Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah
Bekas vokalis kumpulan rock Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki serta mengambil dadah pada 2019.
9. Peniaga Kompleks Hentian Bas MBKT 'tenat' menunggu pengunjung
Kira-kira 200 perniagaan di tingkat atas Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini semakin 'tenat' ekoran ketiadaan pelanggan walaupun Terengganu rancak menerima kehadiran pelancong terutama pada musim cuti.
10. Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Astro Awani
Tue Jan 23 2024

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Januari 2024.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.