1. Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, hari ini.
2. PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Krismas, cuti hujung tahun
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik sebanyak 14 peratus, dengan jumlah kenderaan mencecah 2.12 juta sehari berbanding 1.85 juta pada hari biasa, sepanjang cuti perayaan Krismas dan hujung tahun dari 20 Dis ini hingga 2 Jan depan.
3. Tujuh rumah terbakar, 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang
Seramai 21 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh unit rumah teres musnah dalam kebakaran di Ladang Hong Seng, di sini semalam.
4. PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Dia mengaku bersalah di atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.
5. Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Konsep dan pengkelasan T15 yang dipersetujui akan diguna pakai bagi pemberian bantuan dan subsidi kerajaan.
6. Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa Dr Mahathir ada membangkitkan perkara tersebut semasa mesyuarat Kabinet.
7. TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
8. Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.
9. Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat, khususnya dalam menghadapi bencana banjir.
10. Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki nombor satu negara
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini milik juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.