1. Haniff Khatri saman kerajaan, Menteri Kesihatan isu larangan merokok di pejabat swasta
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, yang bakal diguna pakai mulai 1 Januari 2025.
2. Pelesenan platform media sosial di Malaysia mula berkuat kuasa
Kerajaan telah sedia mengumumkan pelaksanaan pelesenan platform media sosial, dan dengan tibanya tahun baharu 2025, arahan berkenaan mula berkuat kuasa 1 Jan 2025.
3. Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah
Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu.
4. Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses mulai 1 Jan 2025
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi tujuan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang merangkumi aktiviti percukaian termasuk pelaksanaan e-invois.
5. Pemimpin ASEAN sambut 2025 dengan optimisme, perpaduan dan aspirasi kemakmuran serantau
Pemimpin di seluruh negara anggota ASEAN mengucapkan selamat Tahun Baharu 2025, menggesa rakyat untuk mengamalkan keyakinan dan perpaduan sambil mengulangi komitmen terhadap kemajuan serantau dan kerjasama global.
6. Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
Peraturan kawasan larangan merokok di premis dobi mulai hari ini menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), merupakan langkah terbaik sekali gus membantu Malaysia menuju ke arah negara yang sihat.
7. Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tiga sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.25 kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Jan.
8. Rasuah gelaran Datuk Seri, pengarah urusan syarikat direman 6 hari
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta berpangkalan di Selangor direman enam hari bermula hari ini oleh SPRM, bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah kononnya bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri daripada sebuah negeri kira-kira dua tahun lepas.
9. Jemu ‘terkepung’ air, mangsa banjir bina ‘jambatan DIY’
Bagi Rosdi Abdullah yang ditemui di Kampung Gual To’deh di Rantau Panjang, dia sudah 'muak' kerana kawasan kediamannya sering ‘terkepung’ dengan air yang naik sehingga ke paras lutut setiap kali banjir melanda.
10. Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.