1. Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Pertuduhan melibatkan penggunaan kedudukan untuk suapan dan penerimaan hasil daripada aktiviti haram oleh Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.
2. Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB, menyatakan beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan telah bersemuka dengannya mengenai perkara itu.
3. Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
Masih terdapat sebilangan daripada mereka yang tidak memakai cermin mata disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan ekonomi.
4. Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Malaysia perlu menjadi antara lokasi penting yang berada dalam radar para pelabur dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila seorang bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan reman pagi Khamis.
6. Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanya mengenai alasan dua juruaudit syarikat tersebut diberhentikan.
7. PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerja hari kedua di London, United Kingdom (UK) dengan mengadakan sesi meja bulat kapten-kapten industri tempatan pada pagi Khamis, waktu tempatan.
8. 'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau sedar buku "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama.
9. Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa mesej melalui WhatsApp antara pengadu dan pendakwah bebas itu yang telah dipadam, tidak dapat diperoleh semula.
10. MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya menumpaskan lima kes kartel pengeluar makanan ayam utama di Malaysia tahun lepas, dengan jumlah penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta.