1. Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
2. Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
3. Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
4. Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Larangan itu akan dikuatkuasakan pada 27 dan 28 Jan (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Feb (selepas perayaan).
5. Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza.
6. Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Tiga individu, dua daripadanya rakyat tempatan, yang disyaki aktif dalam kegiatan menyamun dan mencuri kenderaan, mati ditembak polis di Persiaran Kota Emerald.
7. Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
8. Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bank yang ditahan itu merupakan individu terbaharu.
9. Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
10. Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.