ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.


1. Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd



2. Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar

Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi.


3. SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu

Mereka disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan berjumlah kira-kira RM26,000.


4. Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia

Chia Muy Hoong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.


5. Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen

Beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.


6. Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam

Susulan itu, lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara salah seorang mangsa berjaya diberkas polis.


7. Bekas Pengarah SRC tandatangan cek kosong

Datuk Suboh Md Yassin, 74, berkata beliau menandatangani cek kosong tersebut selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC Nik Faisal Ariff Kamil memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan daripada 'pihak atas'.


8. Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri

Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus. 


9. Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban 

Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).


10. MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
 
Pengerusi dan Pengasas MyAqsa Foundation Suwardi Yaacob berkata bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.