ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.


1. WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM

Beberapa syarikat multinasional menunjukkan minat untuk melabur serta meneruskan pelaburan sedia ada ke Malaysia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Jakim akan panggil Harith Iskander

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.


3. Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada tiga pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. 


4. Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid

Industri getah perlu melakukan revolusi melalui penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan inovasi ladang bagi menarik penglibatan generasi muda.


5. Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM

Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.


6. WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar

Sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan (AI), tenaga, digital antara yang bakal meraih sinergi secara langsung dan pulangan lumayan daripada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.


7. Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan

PUMA Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya sebagai simbolik bermulanya era baharu bola sepak negara.


8. Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN

Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


9. Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib

Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa panggilan telefon yang dibuatnya kepada Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.


10. UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang

Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya sebagai institusi terkemuka di Malaysia menerusi ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.