ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.


1. Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN

Polis menahan seorang lelaki disyaki membuat ancaman bunuh terhadap pelawak, Harith Iskander dan keluarganya baru-baru ini.



2. Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN

Lawatan negara pertama Presiden Prabowo Subianto minggu depan membawa makna yang sangat penting kepada hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia serta kestabilan dan keselamatan ASEAN, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.


3. Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin

Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.


4. Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya

Lapan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.


5. Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah

Anggota kumpulan hip hop One Nation Emcees, Jojo, dilapor meninggal dunia pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.


6. Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly

Pembatalan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bukan keputusan yang bersifat flip flop (berubah-ubah), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


7. Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir. 


8. Kes OKU dipukul: Polis tahan pempengaruh muat naik hantaran berbaur ugutan

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi Ahad. 


9. Kanak-kanak didakwa alami pendarahan serius selepas berkhatan ramai-ramai

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai pada Sabtu. 


10. PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.