ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.


1. Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus

Mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.



2. Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak

Amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.


3. SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.


4. Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui

Mayat Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif ditemukan sekitar jam 10.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.


5. Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar

Usaha bersama itu untuk menubuh dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur membangunkan Gaza untuk pembinaan infrastruktur termasuk sekolah, rumah sakit dan masjid.


6. Gempa bumi lemah dikesan di Ranau - MetMalaysia

Gempa bermagnitud 2.9 pada skala Richter itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.


7. Tiada unsur jenayah kes kematian warga asing dilanggar kereta api - Polis

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu telah selesai menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pagi Selasa. 


8. Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan 

Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan. 


9. Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.


10. Tuduhan Khairy terhadap PTD tidak berasas - PPTD 

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sentiasa memainkan peranan profesional, berasaskan data serta mengambil kira realiti operasi dalam merangka dan melaksanakan dasar termasuk sektor kesihatan, kata Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Datuk Awang Alik.