ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.


1. Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha

Siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berhubung perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka siap minggu depan.



2. Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan

Sebuah kilang di Perai, di sini, diarah tutup selepas terdapat insiden seorang pekerja maut, seorang kritikal manakala enam berada dalam pemantauan akibat terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada 29 Januari lalu.


3. Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat

penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuat berdasarkan maklumat daripada agensi yang membuat tinjauan di lokasi terjejas banjir dan keadaan cuaca yang baik.


4. SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape). 

5. 13 peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah beri keterangan esok

Pelajar-pelajar tersebut dijadualkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari Ahad.


6. JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan 

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diminta menyiasat tindakan seorang khatib di Parit Buntar yang didakwa membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).


7. NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 


8. Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu 

Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang di Kampung Tengah di sini pada awal pagi Jumaat.


9. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar 

PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.


10. JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1 

Penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua dan layak dengan agregat 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim.