ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.


1. Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini

Kerajaan memulakan inisiatif 'Pusingan Kerja Petugas Kaunter' melibatkan semua kementerian serta jabatan di bawah kementerian masing-masing bermula hari ini.



2. SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky, baru-baru ini.


3. Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak boleh bertindak tergesa-gesa dalam memberi reaksi terhadap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global, termasuk perubahan dasar yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.


4. Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi terhadap permohonan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.


5. Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA.


6. Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan.


7. Bekas Presiden Peka gagal rayuan ketepi tuduhan duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran 

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan di Pahang tanpa kebenaran. 


8. Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina 

Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan.


9. Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, bina semula Gaza bukan bermakna menganaktirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan yang hulur kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela. 


10. Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong 

Hari pertama sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ahli Parlimen yang mengambil bahagian membangkitkan pelbagai isu dengan majoritinya menyentuh soal ancaman penipuan dalam talian dan masalah keselamatan siber.