ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.


1. Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.



2. Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia

Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, meninggal dunia pada pagi Jumaat.


3. Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM

Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.


4. Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar

Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom

MOT) mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu untuk melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) pada Jumaat, sekali gus menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).


6. Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis

Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.


7. Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan

Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia baru-baru ini.


8. Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam

PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM).


9. Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di Menara Berkembar Petronas (KLCC) esok.


10. Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara

Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.