1. Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Pusat beli-belah berkenaan berkata ia menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
2. Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Pihak polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3. Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Siasatan awal mendapati, himpunan ini diadakan ahli keluarga banduan tahanan SOSMA di penjara.
4. Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, seramai 39 keterangan saksi terbabit sudah dirakam keterangan.
5. Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Arahan sudah dikeluarkan kepada anggota polis bantuan serta pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi supaya lebih berwaspada, jika wujud sebarang aktiviti atau pergerakan mencurigakan.
6. Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
7. Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata janji temu bagi mendapatkan suntikan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb ini.
8. Titah Sultan Selangor berhubung usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na'im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
9. Mohamed Nazri telah jalankan tugas sebagai duta dengan baik - Kamil
Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
10. Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)