ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.

1. PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.


2. "Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta 

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan adik iparnya, Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang beruntung memiliki anak-anak syurga. 


3. Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera

Keputusan kerajaan membelanjakan RM16 bilion untuk memajak helikopter tentera berpunca daripada keperluan untuk menggantikan aset yang semakin tua, meningkatkan tahap kesediaan, dan menangani pertimbangan fiskal.


4. Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM

Perdana Menteri menyatakan bahawa pembangkang seolah-olah tidak menghiraukan prinsip subjudis dan terus menekan untuk mendapatkan jawapan segera.


5. Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu

Perkara itu diputuskan setelah mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras.


6. Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan

Ibu kepada Laila Fathinah Mustapa, Ruziha Osman, 60, yang menetap di Puchong, Selangor berkata, anak sulungnya itu kini sedang hamil anak ketujuh.


7. Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN

Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.


8. Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberapa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi.


9. Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi

Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.


10. Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis

Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM).