ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.


1. Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah 

'Papa.. mama.." demikian jeritan anak-anak kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, sebaik sahaja trak melalui hadapan Mahkamah Narathiwat hari ini. 



2. Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura

Angelia Pranthaman dan para aktivis sekali lagi meminta sokongan masyarakat serta merayu kepada kerajaan agar campur tangan bagi pihak rakyat Malaysia yang sedang berdepan hukuman mati di luar negara, termasuk adik lelakinya Pannir Selvam. 


3. Kenyataan MP Raub suara peribadi, tak akan dipersetujui Jemaah Menteri - PM Anwar

Tiada keperluan untuk memecahkan portfolio Menteri Agama, khusus untuk masyarakat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Kes dadah: Empat individu lain masuk bilik hotel saya sebelum polis serbu - Eda Ezrin

Katanya, empat individu terbabit dikenalinya sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da dan Sirik.


5. 'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas

Baginda mengulas kejadian yang menimpa peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, pada Khamis.


6. Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi

erajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja baru-baru ini, berhubung Titah Adendum.


7. Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri

Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.


8. Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam

Badan Peguam Malaysia dalam memorandum rayuan berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menolak permohonan badan itu untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.


9. KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.


10. Format baharu Parlimen Belia dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat

Format baharu Parlimen Belia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.