ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.


1. Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin

Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.



2. Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki

Operasi yang bermula sekitar jam 9.30 malam hingga 3 pagi itu menyasarkan hotel-hotel bajet yang dipercayai digunakan oleh pasangan untuk tujuan maksiat.


3. Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton

Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.


4. ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM

Walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.


5. Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari

Suspek ditahan di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5.30 pagi tadi.


6. Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang

Dalam kejadian jam 3 petang Jumaat itu, keempat-empat anggota mengalami kecederaan di kepala, bahu dan tangan.


7. Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar

Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan

Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.


9. Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja

Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, di Shah Alam, pada Jumaat.


10. Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron

Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.