1. Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lalu, maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada awal pagi hari ini.
2. Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Ahli Dewan Undangan Negeri memberikan fokus kepada perkara penting berhubung masa hadapan negeri dan rakyat sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula hari ini.
3. Akta Anti Diskriminasi Kaum: Tiada keperluan, disemak jika keadaan mendesak - Aaron
Kerajaan berpandangan tidak ada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum pada ketika ini, sebaliknya memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
4. Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.
5. Pegawai SPRM nafi kenaikan pangkat disebabkan siasatan memihak kepada Najib
Ketika pemeriksaan semula oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi menerangkan kenaikan pangkatnya berlaku semasa siasatan terhadap 1MDB masih berjalan.
6. Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Beliau mendedahkan sudah melakukan rundingan sebanyak lima kali dan menghantar surat maklumat balas kepada kerajaan berhubung perkara itu.
7. Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Feb ini.
8. Sabitan dan hukuman mati terhadap enam bekas pelajar UPNM adalah tidak selamat - Peguam
Enam bekas pelajar UPNM merayu hukuman mati mereka diketepikan, mendakwa sabitan tidak selamat dan bukti tidak mencukupi.
9. Batu ukiran wajah Mao Zedong: Polis ambil keterangan tiga saksi
PDRM merakam keterangan tiga saksi berhubung isu batu yang diukir dengan wajah Pengerusi Parti Komunis China Mao Zedong bersama tulisan puisi berideologi komunisme di sebuah kawasan memorial di Semenyih, Selangor.
10. Aktiviti seludup e-sisa, skrap dilakukan menerusi pengikraran palsu - Kastam
Pihak terlibat menyeludup masuk sisa berjadual dan buangan elektronik atau e-sisa serta skrap ke negara ini, dipercayai melakukannya dengan membuat ikrar palsu.
