1. ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar satu demi satu sejarah menerusi keputusan mara ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
2. Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 26 Feb ini dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.
3. Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.
4. SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Kerajaan akan menyemak semula senarai kesalahan yang tidak boleh dijamin dan mempertimbangkan penubuhan Mahkamah Khas SOSMA untuk mempercepatkan proses perbicaraan.
5. Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Auni Afiqah berkata, dia mendengar suara kanak-kanak kurang upaya berkenaan semasa misi pencarian selepas jam 6.30 petang.
6. Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Beliau memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai dakwaan tersebut kerana enggan memberi ruang kepada pihak lain untuk memanjangkan fitnah.
7. K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Unit Anjing Pengesan (K9) tidak mendapat sebarang petunjuk kehilangan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin semasa melakukan pencarian di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pagi hari kedua kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang.
8. Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah, sebaliknya bertujuan menghalang komen prejudis dan hak perbicaraan yang adil.
10. MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
