1. Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini, berhubung satu kes menghasut yang berkaitan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu ceramah politik pada Julai 2023.
2. LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengemukakan 10 syor kepada agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan.
3. Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi Simpanan Konvensional dijangka mencapai antara 6 dan 6.3 peratus manakala Simpanan Shariah dianggarkan sebanyak 5.4 - 5.6 peratus, kata penganalisis ekonomi Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan.
4. 'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Itu reaksi seorang anggota tentera ketika menceritakan bagaimana dia mendapat tahu mengenai insiden kemalangan yang meragut nyawa isterinya, Nur Azreen Najwa Roslan, dalam nahas awal pagi semalam.
5. Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya, mengambil kira keperluan mewujudkan kestabilan dan kepentingan PKR.
6. 4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu.
7. Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Pada 20 Jan lepas, AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara atas alasan kes berkenaan menyentuh isu sensitif.
8. Kerajaan jamin perkhidmatan Tabung Haji terus berkualiti
Kerajaan memberi jaminan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini tetap berkualiti walaupun jumlah petugas bagi rombongan haji tahun ini berkurangan lima peratus.
9. Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia bekerjasama dengan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial untuk menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat dan menjelaskan isu semasa yang tular.
10. Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.
