1. Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
2. Suspek kes bunuh Nurshamira didakwa
Suspek kes bunuh peniaga makanan, Nurshamira Zainal, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Khamis atas tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
3. PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan sesekali membenarkan sebarang pihak dalam sektor pertahanan negara terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
4. Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di Tanah Merah pada Rabu.
5. Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lapan lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9 pada minggu lalu.
6. Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
7. Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi skim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.
8. Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.
9. Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada Khamis.
10. RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.
