1. Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Langkah membenarkan pencarum untuk terus mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sebelum tiba masanya, seolah-olah mendera dan menghukum kumpulan berkenaan apabila mereka bersara kelak.
2. Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.
3. 3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Tiga penyampai radio popular ERA FM iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak susulan penyiaran kandungan video mereka bertiga yang menyinggung sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
4. Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, atau Ridzokumura.
5. Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016 berkuat kuasa mulai Januari 2022, sementara menunggu pelupusan rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan.
6. Orang ramai dijangka boleh guna Terminal Bersepadu Gombak hujung Mac untuk balik raya
Orang ramai dijangka boleh menjadikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) sebagai pintu masuk untuk mengambil bas ekspres balik ke kampung sempena Aidilfitri ini.
7. PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada semua pihak agak tidak menyentuh isu 3R, susulan tindakan segelintir pihak yang dipercayai menyinggung sensitiviti penganut agama lain.
8. 57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
9. Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Proses rakaman percakapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dijadual pada Rabu, terpaksa ditangguhkan kepada Jumaat ini.
10. Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.
